Friday, January 20, 2012

menangguhkan kerja sekolah

temper aku naik pagi tadi.
gara-gara si farzana baru hegeh-hegeh ckp tak siap keje sekolah.
cuba ler bayang, jam dah pukul 6.30am. patut masa ni dah mandi, tapi kami baru kalut-kalut tgk keje sekolah anak. sabar je la.


aku tgk satu m/s yg perlu ditulis huruf 'ba'.
dia masih tak mahir nak tulis. aku tak marah kerana dia tak mahir.
tapi aku marah dgn sikap bertangguh dia. aku kena ajar dgn cepat dan dia masih tak dapat-dapat. jadi hasilnya paham je la, lebih banyak kemarahan dan tangisan yg terhambur.
kesian tgk buku si anak yg berjejer air mata. bila dipadam, terkoyak dan kelihatan lubang-lubang kecil di buku. aduhai sayang


imbas kembali
balik sekolah semalam, dia ada bagitau tentang homework yg cikgu beri.
bagi aku ok je, sbb aku predict dia akan buat pada malam hari. nak jadi cite, aku plak takde malam semalam (majlis permuafakatan).
ia bukan sbb masalah lupa tapi sbb dia pk benda tu susah.
aku berleter dlm kete 'it's ok farzana. banyak benda yg susah dalam dunia. minta bantuan orang tidak salah. abah ada semalam, ana boleh minta tolong abah'.
dia jawab 'ye' sambil nangis-nangis.



aku tak tau sama ada dia faham ke tidak apa yg aku ckp. tapi peristiwa pagi tadi mengajar aku betapa mendidik anak dari segi kecemerlangan perlu usaha yg berterusan.
Selamat berjaya kepada saya!

3 comments:

mamaijat said...

.....nak menuai hasil perlukan kesabaran...dik oii!!!

~aYu~ said...

mmg perlukan kesabaran yg maksima.. anak sy yg baru skolah ni xnampak lagi cmne sbb tak de homework lg.

Azhariah Zuber said...

mama- ye sabar yg berpanjangan. baru anak umur 5 tahun. huhu

ayu- selalu budak 4 years tak diberi hw. tapi anak dah 5 thn, tu pasal cikgu mula beri